Mukaddimah

Blog ini dibangunkan untuk mencatatkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pelajar-pelajar yang menduduki Peperiksan PMR (1976) dan SPM (1978) di SMK Seri Nering, Jerteh, Terengganu. Kumpulan pelajar ini telah menubuhkan satu group WhatsApp yang bertajuk SSN Dalam Kenangan. Group ini telah dapat mengumpul semula sebilangan pelajar berkenaan. Mereka telah berkomunikasi secara aktif dalam group tersebut. Mereka sering kali mengadakan aktiviti yang dapat mengeratkan lagi persahabatan yang telah terjalin semenjak tahun 1974 (tingkatan 1). Antaranya ialah majlis perkahwinan, majlis menyambut menantu, kenduri kesyukuran, majlis Maulid, sarapan pagi, ziarah cucu dan lain-lain lagi. Blog ini ditulis oleh Razak bin Abd Rahman. Sebarang berita, maklumat bergambar dan apa-apa sahaja yang hendak dimuatkan dalam blog ini hendaklah diemel ke alamat cjad1161@gmail.com. Sumbangan para sahabat amat bernilai untuk menambah maklumat dalam blog yang boleh dilayari 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan dan 365 hari setahun ini.

Jom Makan TeBu Kali Pertama Tahun 2023

 11 Julai 2023 (Selasa) :

Alhamdulillah. Seramai 15 orang ahli Group SSN 1978 telah hadir untuk menjayakan Program Jom Makan TeBu Kali Pertama Tahun 2023 bertempat di Kedai Nasi Berlauk MokSu Yah, Kampung Tok Saboh, Kuala Besut.

Kunjungan Prihatin SSN'78 Siri ke 14

 8 Julai 2023 (Sabtu) : 10.00 Pagi.

Alhamdulillah. Seramai 14 orang ahli Group SSN 1978 berkunjung ke rumah Rosli bin Abd Rahman di Kampung Nyiur Tujuh, Jertih untuk menjayakan Program Kunjungan Prihatin SSN'78 Siri ke 14. Rosli menghadapi masalah kesihatan sejak dua bulan yang lalu. Rosli tidak dapat bangun. Dia hanya dapat berbaring sahaja.

Sarapan Pagi Bersama

29 Mei 2023 (Isnin) : Alhamdulillah. Menikmati sarapan pagi bersama di Kedai Roti Canai Leh, Kg, raja.

Rokiah Binti Mohd Noor Kembali ke Rahmatullah

9 Mei 2023 (Selasa) : Rokiah binti Mohd Noor kembali ke rahmatullah pada jam 5.42 petang hari ini di Hospital Putrajaya. Rokiah meninggalkan seorang anak perempuan, Fatin yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Putrajaya. Jawatan terakhir beliau ialah Ketua Pembantu Tadbir di SMA Maarif, Besut, Terengganu.