BULAN JANUARI 2022
4 Januari 2022, Selasa : Seramai 7 orang ahli group telah membuat kunjungan prihatin ke rumah Mamat Salleh di Kampung Oh, Besut.
15 Januari 2022, Sabtu : Ahli Group SSN'78 berkunjung ke rumah Cikgu Mat Hatta untuk memeriahkan Majlis Kenduri Kesyukuran sempena perkahwinan anak perempuannya.
16 Januari 2022, Ahad : Ahli Group SSN'78 menikmati sarapan pagi, nasi dagang ayam kampung bersama Dato' Seri Idris Jusoh (Ahli Parlimen Besut) di Yah Hj Lie Nasi Dagang, Alor Lintah, Besut. Turut hadir ialah Dato' Mohamad Pehemi bin Yusof, ADUN Jertih.
16 Januari 2022, Ahad : Malam ini, ahli group ngeteh bersama Mat Zian di Ameer Tomyam, Gong Nering.
BULAN FEBRUARI 2022
10 Februari 2022, Khamis : Satu taklimat kepada ahli rombongan melancong ke Sabah telah diadakan di Redux Kitchen, Taman Koperat Putera, Besut. Taklimat ringkas telah disampaikan oleh ketua rombongan, Cikgu Razak bin Abd Rahman. Rombongan memilih package 4D3N yang ditawarkan oleh Al Quds Umrah & Tours Sdn Bhd. Mereka akan bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Ismail, Pengkalan Chepa pada 12 Februari 2022 terus ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Mereka akan bertolak balik pada 15 Februari 2022.
12 - 15 FEBRUARI 2022 (SABTU - SELASA)
Seramai 17 orang ahli group dan keluarga menyertai program Jom Melancong ke Sabah. Rombongan memilih package 4D3N yang ditawarkan oleh Al Quds Umrah & Tours Sdn Bhd. Rombongan bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Ismail, Pengkalan Chepa pada hari Sabtu, 12 Februari 2022 terus ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Rombongan bertolak balik pada hari Selasa, 15 Februari 2022.
BULAN MAC 2022
12 Mac 2022, Sabtu : Seramai 13 orang ahli group telah menghadiri majlis ini yang diadakan di kediaman Abd Halim di Kampung Jabi, Jertih.
BULAN MEI 2022
7 Mei 2022 (Sabtu) : Seramai lapan orang ahli group telah menghadiri kenduri kesyukuran Cikgu Fauzi bin Salleh di Kampung Air Terjun, Jertih.
17 Mei 2022 (Selasa) : Seramai 20 orang ahli Group SSN'78 Lelaki bertemu dan bersarapan pagi di Warung Ayam Kampung, Jalan Empangan Jajar, Gong Duek, Jertih, Besut, Terengganu.
20 Mei 2022 (Jumaat) : Seramai 30 orang ahli Group SSN'78 telah bertemu dan bersama-sama menikmati sarapan pagi di Warung Nasi Kerabu Kambing Bakar, Kg. Gong Nering, Jertih, Besut, Terengganu.
22 Mei 2022 (Ahad) : Group SSN'78 telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Eidil Fitri 1443H/2022M bermula jam 9 pagi hari ini bertempat di Redux Kithen, Taman Koperat Putra, Besut, Terengganu. Jumlah yang hadir ialah 50 orang.
25 Mei 2022 (Rabu) : Empat orang ahli group menikmati sarapan pagi di Warung Kak Tie D'Baruh, Kampung Air Terjun, Jertih, Besut, Terengganu. Kami menikmati nasi puteh, gulai kambing, kari kepala ikan merah dan gulai ayam kampung.
BULAN JUN 2022
3 Jun 2022 (Jumaat) : Seramai 18 orang ahli Group SSN'78 bertemu untuk menikmati sarapan pagi di Warung Jelira Rasa, Guntung Luar, Setiu, Terengganu. Menu istemewa di warung ini ialah ayam kampung goreng dan kerutuk itik. Kami memilih tema warna merah.
18 Jun 2022, Sabtu : Seramai 13 orang ahli Group SSN'78 Lelaki telah bertemu mesra dan bersarapan pagi di Kedai Makan Gulai Ayam Kampung, Jalan Empangan Jajar, Kampung Gong Duek, Jertih, Besut.
BULAN OGOS 2022
16 Ogos 2022, Selasa : Seramai 21 orang ahli Group SSN'78 berkumpul dan menikmati sarapan pagi di Cafe D'Depu, Kampung Kubang Depu, Jertih.
BULAN SEPTEMBER 2022
22 September 2022, Khamis : KUNJUNGAN PRIHATIN SSN'78 SIRI 10 di rumah Cikgu Mohd Hamdan bin Abdullah, Jalan Haji Wan Latif, Jerteh, Besut, Terengganu.