Bersantai di Pantai Peranginan Bukit Keluang

31 Disember 2015, Khamis - Pada pagi hari terakhir tahun 2015 ni, sahabat-sahabat bersepakat untuk bersantai di pantai peranginan ini.

Berkunjung ke Rumah Che Azizah Hashim

30 Disember 2015, Rabu - Makan tengahari di rumah Che Azizah bt Hashim.

Kunjungan Mohd Sharif

29 Disember 2015, Selasa - Mohd Sharif telah bertemu dengan sahabat-sahabat semasa pulang bercuti ke Besut.

Majlis Maulid di Rumah Hasnah Razak

25 Disember 2015, Jumaat - Hari ini sahabat-sahabat berkunjung ke rumah Hasnah bt Razak di Kampong Apal, Jerteh, untuk merayakan Majlis Maulidur Rasul. Majlis bermula pada jam 3.00 petang.

Mat Daud Ab Majid Kemalangan

24 Disember 2015, Khamis - Sahabat turut merasa dukacita kerana Mat Daud Ab Majid, Pengurus Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, Johor ditimpa kemalangan. Maklumat terperinci tentang kemalangan tidak diberitahu. Daripada gambar yang dihantar melalui WhatApp, mungkin kaki kanan beliau patah.

Ziarah Rumah Fatmah Latif

24 Disember 2015, Khamis - Hari ini, beberapa orang sahabat telah berkunjung ke rumah Fatmah binti Latif di Putera Jaya, Setiu, Terengganu. Mereka yang dapat hadir ialah Kutit Kamsiah Abd Ghani, Rakiah Hassan dan Wan Kamariah Wan Abas.
Dari kanan : Wan Kamariah, Rakiah, Kutit Kamsiah dan Fatmah Latif

Breakfast Nasi Dagang

24 Disember 2015, Khamis - Pagi ni, sahabat-sahabat bersarapan pagi di kedai nasi dagang Wan Kamariah di Kampong Cherang Meliling, Jerteh.

Kunjungan ke rumah cucu Rawi

23 Disember 2015, Rabu - Selepas menghadiri Majlis Maulid di rumah Zaiton Jusoh, beberapa orang sahabat telah berkunjung ke rumah menantu Rawi di Kampong Air Terjun. Tujuan lawatan untuk melihat cucu Rawi yang baru dilahirkan. Antara yang hadir ialah Alias Ramli, Rakiah Hassan, Kutit Kamsiah Abd Ghani dan Wan Aina Wan Muhammad.

Sambutan Maulid Rasul 1437H

23 Disember 2015, Rabu - Satu perjumpaan ahli diadakan pada hari ini bertempat di rumah Zaiton  bt Jusoh, Kampong Darau. Ia adalah sempena menyambut hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW yang jatuh pada hari Khamis, 24 Disember 2015.

Jamuan Satay

2 Disember 2015, Rabu - Satu majlis ringkas untuk meraikan kepulangan ASP Zulkifli Hamzah telah diadakan pada jam 5.30 petang hari ini. Majlis yang diadakan di Satay Lanang, Jabi ini telah dihadiri oleh 10 orang ahli kumpulan. Mereka yang hadir ialah Zulkifli, isteri dan anak, Hamidah dan suami, Rosnani Razak, Wan Aina, Azizah Hashim dan anak, Razak, Manas Deraman dan isteri, Mohd Hamdan. Turut hadir ialah Arifin dan isteri (abang Zul)

Sarapan Pagi

30 November 2015, Isnin - Pagi ini, kami dapat bersarapan pagi bersama-sama di restoran

Jamuan Laksa di Rumah Hamidah

29 November 2015, Ahad – Jamuan laksa dan nasi kerabu di rumah Hamidah binti Musa, Kampong Renek, Besut, Terengganu.

Jamuan Makan Tengahari di Rumah Maznah

28 November 2015, SabtuJamuan makan tengahari di rumah Maznah binti Ghazali, Lorong Seri Nangka 6, Kampong Seri Nangka, Gong Kepas, Besut, Terengganu. Ahli yang hadir ialah Che Johan Che Mat dan isteri, Razak Abd Rahman dan isteri, Harris Zakaria, Kamilah Dollah dan suami, Rokiah bt Hassan,

Melawat Mangsa Kebakaran Kali-2

21 November 2015, Sabtu - Lawatan kali ke-2 ke rumah mangsa kebakaran untuk memberi bantuan untuk meringankan beban penderitaan keluarga yang malang ini.

Melawat Mangsa Kebakaran

20 November 2015, Jumaat - Melawat mangsa kebakaran di kampong Kelubi Putih, Jabi. Memberi bantuan dan sumbangan kepada keluarga mangsa. Ahli yang hadir ialah Azizah bt Hasyim, Hamidah bt Musa, Siti Fatimah bt Ismail, Hasnah bt Razak, Hazizah bt Daud, Maznah bt Ghazali dan Wan Aina.

Mohd Hamdan dan Razak

29 Oktober 2015, Khamis - Mohd Hamdan bin Abdullah berkunjung ke SMA Maarif untuk menghadiri Mesyuarat Pengawas Peperiksaan STPM 2015. Beliau sekarang bertugas sebagai guru di SMK Putra, Jerteh, Terengganu.

Jamuan Durian

31 Ogos 2015 - Ahli kumpulan telah menikmati jamuan pulut durian di kebun durian Hamidah Musa. Sungguh menyelerakan apabila makan beramai-ramai di dalam kebun. Suasana kebun yang bersih dan tenang memang memberi ketenangan kepada yang menyertai jamuan ini.

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1436H

25 Julai 2015 - Majlis sambutan Hari Raya Puasa 1436H telah diadakan pada hari ini bertempat di Hotel Lily, Jerteh. 
Sahabat yang hadir ialah Che Siti Che Mat, Maznah Ghazali, Che Azizah Che Hashim, Kutit Kamsiah Abd Ghani, Rakiah Hassan, Wan Roslah Wan Ismail, Wan Zahibah, Zainab Ahmad, Norhayati Mohd, Rosnani Abd Rahman, Normah Ghazali, Che Johan Che Mat, Abd Manas Deraman, Mat Zian, Zahari Mat Rawi, Saufi Abd Rahman, Afandi Mohd, Alias Ramli dan Shamsuddin Sulaiman.