31 Disember 2015, Khamis - Pada pagi hari terakhir tahun 2015 ni, sahabat-sahabat bersepakat untuk bersantai di pantai peranginan ini.
Kunjungan Mohd Sharif
29 Disember 2015, Selasa - Mohd Sharif telah bertemu dengan sahabat-sahabat semasa pulang bercuti ke Besut.
Majlis Maulid di Rumah Hasnah Razak
25 Disember 2015, Jumaat - Hari ini sahabat-sahabat berkunjung ke rumah Hasnah bt Razak di Kampong Apal, Jerteh, untuk merayakan Majlis Maulidur Rasul. Majlis bermula pada jam 3.00 petang.
Mat Daud Ab Majid Kemalangan
24 Disember 2015, Khamis - Sahabat turut merasa dukacita kerana Mat Daud Ab Majid, Pengurus Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, Johor ditimpa kemalangan. Maklumat terperinci tentang kemalangan tidak diberitahu. Daripada gambar yang dihantar melalui WhatApp, mungkin kaki kanan beliau patah.
Ziarah Rumah Fatmah Latif
24 Disember 2015, Khamis - Hari ini, beberapa orang sahabat telah berkunjung ke rumah Fatmah binti Latif di Putera Jaya, Setiu, Terengganu. Mereka yang dapat hadir ialah Kutit Kamsiah Abd Ghani, Rakiah Hassan dan Wan Kamariah Wan Abas.
Dari kanan : Wan Kamariah, Rakiah, Kutit Kamsiah dan Fatmah Latif |
Kunjungan ke rumah cucu Rawi
23 Disember 2015, Rabu - Selepas menghadiri Majlis Maulid di rumah Zaiton Jusoh, beberapa orang sahabat telah berkunjung ke rumah menantu Rawi di Kampong Air Terjun. Tujuan lawatan untuk melihat cucu Rawi yang baru dilahirkan. Antara yang hadir ialah Alias Ramli, Rakiah Hassan, Kutit Kamsiah Abd Ghani dan Wan Aina Wan Muhammad.
Sambutan Maulid Rasul 1437H
23 Disember 2015, Rabu - Satu perjumpaan ahli diadakan pada hari ini bertempat di rumah Zaiton bt Jusoh, Kampong Darau. Ia adalah sempena menyambut hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW yang jatuh pada hari Khamis, 24 Disember 2015.
Jamuan Satay
2 Disember 2015, Rabu - Satu majlis ringkas untuk meraikan kepulangan ASP Zulkifli Hamzah telah diadakan pada jam 5.30 petang hari ini. Majlis yang diadakan di Satay Lanang, Jabi ini telah dihadiri oleh 10 orang ahli kumpulan. Mereka yang hadir ialah Zulkifli, isteri dan anak, Hamidah dan suami, Rosnani Razak, Wan Aina, Azizah Hashim dan anak, Razak, Manas Deraman dan isteri, Mohd Hamdan. Turut hadir ialah Arifin dan isteri (abang Zul)
Langgan:
Catatan (Atom)