8 September 2018 - Hari ini ahli group berkunjung ke Kota Baharu, Kelantan untuk memeriahkan majlis perkahwinan anak lelaki Mohd Sofi bin Mahmud.
Sambutan Hari Raya Eidil Fitri di Rumah Rawi
19 Jun 2018 (5 Syawal 1439) (Selasa) - Beberapa orang ahli group telah berkunjung ke rumah Rawi bin Abd Ghani di Pulau Duyong, Terengganu untuk menyambut Hari Raya Eidil Fitri 1439H.
Sambutan Hari Raya Eidil Fitri di Rumah Resemah
17 Jun 2018 (3 Syawal 1439) (Ahad) - Group SSN 1978 telah mengadakan Reunion 2018 sempena Sambutan Hari Raya Eidil Fitri di Rumah Resemah di Kampung Jabi, Jerteh. Ramai daripada ahli yang dapat hadir bersama ahli keluarga. Majlis bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang. Turut hadir ialah Cikgu Husin bin Wahab dan isteri, Cikgu Siti Aishah (mantan guru SSN)
Sambutan Hari Raya Eidil Fitri 1439H/2018M
Umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Eidil Fitri 1439H/2018M pada hari Jumaat, 15 Jun 2018.
![]() |
Mat Latif bin Ali dan keluarga (Kg. Alor Keladi, Jerteh) |
Majlis Perkahwinan Anak Maimun
22 Februari 2018 (Khamis) - Puan Maimun binti Mohamad telah mengadakan majlis perkahwinan anak perempuannya di kediamannya di Kampong Gong Tengah, Kampong Baharu, 22000 Jerteh, Besut, Terengganu.
Sarapan Pagi di Rumah Che Johan
26 Januari 2018 (Jumaat) - Che Johan dan keluarga menjemput semua ahli group bersarapan pagi di kediamannya di Kampong Padang Luas Dalam. Antara ahli yang hadir ialah Cikgu Razak dan isteri, Suri Abd Hadi (suami dan anak), Mohd Saufi Abd Rahman, Baharum Jaafar, Rakiah Hassan, Wan Kamariah, Wan Aina Mohamad, Hasnah Razak, Rokiah Ismail, Hazizah Daud (suami dan anak), Che Azizah Hashim (Anak, menantu dan 2 orang cucu). Tetamu yang hadir dihidangkan dengan nasi dagang, nasi minyak, pulut gaul nyiur, laksam, laksa, lompat tikam dan beberapa jenis kueh.
Langgan:
Catatan (Atom)