Majlis Hi-Tea Bersama Datin Shamsiah Salleh

31 Januari 2020, Jumaat : Datin Shamsiah binti Salleh telah menjemput ahli group untuk menghadiri Majlis Hi-Tea yang diadakan pada jam 5.30 petang bertempat di Isma Cafe, Alor Lintah, Jertih.

Haliffah Bercuti Bersama Keluarga

27 Januari 2020 : Haliffah dan keluarga bercuti bersama.

Junainah Melancong ke Kemboja

26 Januari 2020 : Junainah binti Mohamad dan rombongan melancong ke Kemboja.

Kenduri Perkahwinan Anak Perempuan Azam Ahmad

25 Januari 2020 (Sabtu) : Kenduri Perkahwinan Anak Perempuan Azam Ahmad telah diadakan pada hari ini di rumah beliau di Kampong Gong Kepas Dalam, Kampong Raja. Ramai ahli group yang hadir untuk memeriahkan majlis tersebut. 

Kenduri Perkahwinan Anak Perempuan Mat Yazid

25 Januari 2020 (Sabtu) : Kenduri Perkahwinan Anak Perempuan Mat Yazid telah diadakan pada hari ini di rumah beliau di Kampong Bukit Kenak, Jerteh. Ramai ahli group yang hadir untuk memeriahkan majlis tersebut. 

Minum Petang Bersama Mat Daud Majid

18 Januari 2020, Sabtu : Satu majlis minum petang bersama Mat Daud Majid telah diadakan jam 5.30 petang hari ini bertempat di Isma Cafe, Alor Lintah, Jertih, Terengganu. Majlis yang dihadiri 22 orang rakan-rakan berlangsung dalam suasana ceria dan mesra. Pelbagai cerita menarik dan lucu terutama diwaktu persekolahan diulang kembali menyebabkan suasana perjumpaan dipenuhi dengan hilai ketawa.

Majlis Kenduri Perkahwinan Anak Perempuan Wan Roslah Ismail

18 Januari 2020, Sabtu : Majlis Kenduri Perkahwinan Anak Perempuan Wan Roslah binti Wan Ismail di Kampong Pak Wong, Jertih, Terengganu.

Maimun Mendaki Bukit Keluang

10 Januari 2020 (Jumaat) : Maimun dan anak perempuan menyertai ratusan orang pendaki mendaki Bukit Keluang, Besut, Terengganu.