21 Februari 2020 : Empat orang ahli group mengunjungi mangsa kebakaran, Pok Nor di Kampung Gerong, Apal untuk menghulurkan sedikit sumbangan kewangan. Mereka yang hadir ialah Hasnah Abd Razak, Rosnani Abd Rahman, Rakiah Hassan dan Datin Shamsiah Salleh.
Bersantai Di Muara Kuala Besut
14 Februari 2020 (Jumaat) : Aktiviti Bersantai Di Muara Kuala Besut telah diadakan pada jam 5.30 petang hari ini bertempat di Warung Ombak Biru, Kampung Nail, Kuala Besut. Aktiviti kali ini cukup meriah dengan dihadiri oleh 27 orang ahli group dan keluarga. Petang ini kami menikmati nasi dagang berlauk udang segar dan pulut gaul nyiur berlauk ikan selayang segar dibakar tawar. Aktiviti telah mengeratkan lagi tali persaudaraan di antara ahli group dan ahli keluarga.
Menziarahi Mangsa Kebakaran
4 Februari 2020 (Isnin) : Empat orang rakan group SSN'78 telah menziarahi mangsa kebakaran di Kampung Gerong, Apal, Jertih, Besut, Terengganu untuk menyampaikan sedikit sumbangan wang, pingang mangkuk dan pakaian. Wang tunai berjumlah RM240.00 adalah hasil sumbangan rakan-rakan group yang prihatin terhadap mangsa yang tinggal sehelai sepinggang. Mereka yang hadir ialah Razak bin Abd Rahman, Mohd Saufi bin Abd Rahman, Hasnah binti Razak dan Shamsiah binti Mohamad.
Langgan:
Catatan (Atom)