Ngeteh di Kedai Roti Canai Pak Leh

27 Oktober 2022, Khamis : Seramai 7 orang ahli Group SSN'78 bertemu dan menikmati sarapan pagi di Kedai Roti Canai Pak Leh, Kampung Raja, Besut, Terengganu. 

Menikmati Sarapan Pagi di Cafe D'Depu.

26 Oktober 2022, Rabu : Pagi ini, 8 orang Ahli Group SSN'78 Lelaki berkumpul dan menikmati sarapan pagi di Cafe D'Depu, Kampung Kubang Depu, Jerteh, Besut, Terengganu. Kami menikmati Nasi Putih + Gulai Kambing + Goreng Ayam Kampung.

KUNJUNGAN PRIHATIN SSN'78 SIRI 7

8 Oktober 2022, Sabtu : Seramai 8 orang ahli Group SSN'78 telah berkunjung ke rumah Fatimah binti mohamad, Kampung Darau, Jerteh, Besut, Terengganu untuk menjayakan Program KUNJUNGAN PRIHATIN SSN'78 SIRI 7. 

KUNJUNGAN PRIHATIN SSN'78 SIRI 6

8 Oktober 2022, Sabtu : Seramai 12 orang ahli Group SSN'78 telah berkunjung ke rumah Zaiton binti Jusoh, Kampung Padang Baloh, Jerteh, Besut, Terengganu untuk menjayakan Program KUNJUNGAN PRIHATIN SSN'78 SIRI 6. Zaiton terjatuh di rumahnya dan mengalami kecederaan pada bahagian kaki. Majlis diserikan lagi dengan sambutan hari lahir Zaiton yang ke-61.

Menikmati Keenakan Roti Canai

4 Oktober 2022, Selasa : Kami menikmati roti canai di Kedai Makan Warisan Pok Leh & Kak Yah, Kampung Raja, Besut.

KUNJUNGAN PRIHATIN SSN'78 SIRI 5

22 September 2022, Rabu : Seramai 8 orang ahli Group SSN'78 telah berkunjung ke rumah Mohd Hamdan bin Abdullah, Jalan Haji Wan Latif, Jerteh, Besut, Terengganu untuk menjayakan Program KUNJUNGAN PRIHATIN SSN'78 SIRI 5. Rumah Mohd Hamdan mengalami sedikit kerosakan akibat ribut yang melanda.

KUNJUNGAN PRIHATIN SSN'78 SIRI 4

21 September 2022, Rabu : Seramai 13 orang ahli Group SSN'78 telah berkunjung ke rumah Haliffah binti Abd Rahman di Kampung Gong Duek, Jerteh, Besut, Terengganu untuk menjayakan Program KUNJUNGAN PRIHATIN SSN'78 SIRI 4. Rumah Haliffah mengalami sedikit kerosakan akibat ribut yang melanda.

Kenduri Kesyukuran Maznah Ghazali

4 September 2022, Ahad : Ahli Group SSN'78 hadir ke rumah Maznah Ghazali di Lorong Seri Nangka 6, Kampung Gong Kepas Dalam, Besut untuk meraikan Majlis Kenduri Kesyukuran Sambut Menantu.

KUNJUNGAN PRIHATIN SSN'78 SIRI 3

25 Ogos 2022 (Khamis) : Seramai 13 orang ahli Group SSN'78 telah berkunjung ke rumah Noraini binti Abdullah di Pasir Tumboh, Kelantan untuk menjayakan Program KUNJUNGAN PRIHATIN SSN'78 SIRI 3.

Membeli Bahan2 Bubur Asyura

23 Ogos 2022 (Selasa) : Membeli bahan-bahan untuk membuat bubur asyura di pasar Jertih.

Menikmati Sarapan Pagi di Cafe D'Depu

16 Ogos 2022, Selasa : Seramai 21 orang ahli Group SSN'78 berkumpul dan menikmati sarapan pagi di Cafe D'Depu, Kampung Kubang Depu, Jertih. Kami menikmati nasi putih bersama gulai kambing, gulai ayam kampung, ayam kampung goreng, ikan talapia goreng dan puyuh goreng. Terima kasih kepada Wan Abd Razak Hassan yang telah sponsor sarapan pagi kami kali ini.

KUNJUNGAN PRIHATIN SSN'78 SIRI 2.

15 Ogos 2022, Isnin : Seramai 21 orang ahli Group SSN'78 berkunjung ke rumah Siti Mariam binti Mokhtar di Cabang Oh, Jabi, Besut untuk menjayakan Program KUNJUNGAN PRIHATIN SSN'78 SIRI 2.

Sarapan Pagi Bersama Mohd Sofi

5 Ogos 2022, Jumaat : Seramai 21 orang ahli Group SSN'78 menikmati sarapan pagi bersama Mohd Sofi Mahmud di AMEER TOMYAM, Kampung Gong Nering, Jertih, Besut, Terengganu. Mohd Sofi yang menetap di Sungai Petani, Kedah balik dengan menunggang motosikal semata-mata untuk bertemu, berbual dan bersarapan pagi bersama-sama rakan persekolahan. Hari ini, kami memilih tema merah, ceria dan meriah.

Kunjungan Prihatin SSN'78 Siri 1

 21 Julai 2022 (Khamis) : Aku dan 20 orang ahli Group SSN'78 telah menghadiri Program KUNJUNGAN PRIHATIN SSN'78 di rumah Siti Fatimah binti Ismail di Kampung Bukit Jeruk, Jertih, Besut, Terengganu.

Majlis Kesyukuran Perkahwinan Anak Perempuan Adnan Ali

 16 Julai 2022 (Sabtu) : Aku dan ahli group SSN'78 menghadiri Majlis Kesyukuran Perkahwinan Anak Perempuan Adnan Ali di RAKR Nyiur 7, Jertih.

Menikmati Sarapan Pagi di Kedai Makan Gulai Ayam Kampung

18 Jun 2022 (Sabtu) : Ahli Group SSN'78 Lelaki bertemu mesra dan bersarapan pagi bersama di Kedai Makan Gulai Ayam Kampung, Jalan Empangan Jajar, Kampung Gong Duek, Jertih, Besut. Satu kejutan berlaku apabila Adnan bin Mohamad datang bersama ahli keluarganya untuk menikmati nasi dagang dan gulai ayam kampung di sini. Pertemuan yang tidak dirancang ini menambahkan lagi suasana gembira dan mesra yang diselang seli dengan hilai ketawa. Terima kasih kepada Adnan yang telah membayar semua perbelanjaan pada pagi ini.

Menikmati Sarapan Pagi di Warung Jelira Rasa

3 Jun 2022 (Jumaat) : Seramai 18 orang ahli Group SSN'78 bertemu untuk menikmati sarapan pagi di Warung Jelira Rasa, Guntung Luar, Setiu, Terengganu. Menu istemewa di warung ini ialah ayam kampung goreng dan kerutuk itik. Kami memilih tema warna merah.

Sarapan Pagi di D'Baruh

25 Mei 2022 (Rabu) : Empat orang ahli group menikmati sarapan pagi di Warung Kak Tie D'Baruh, Kampung Air Terjun, Jertih, Besut, Terengganu. Kami menikmati nasi puteh, gulai kambing, kari kepala ikan merah dan gulai ayam kampung.

Majlis Sambutan Hari Raya Eidil Fitri 1443H/2022M

 22 Mei 2022 (Ahad) : Group SSN'78 telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Eidil Fitri 1443H/2022M bermula jam 9 pagi hari ini bertempat di Redux Kithen, Taman Koperat Putra, Besut, Terengganu. Jumlah yang hadir ialah 50 orang. Mereka terdiri daripada ahli dan ahli keluarga masing-masing. Majlis bertambah meriah dan berseri dengan kehadiran guru kami, Cikgu Hussein bin Yaakob, Cikgu Hussin bin Wahad dan Cikgu Siti Eshah binti Awang (isteri kepada Cikgu Hussin bin Wahad). Majlis ini memberi peluang kepada ahli untuk bertemu semula dengan rakan-rakan sekolah setelah lama tidak bersua muka.

Bertemu dan Menikmati Sarapan Pagi

20 Mei 2022 (Jumaat) : Seramai 30 orang ahli Group SSN'78 telah bertemu dan bersama-sama menikmati sarapan pagi di Warung Nasi Kerabu Kambing Bakar, Kg. Gong Nering, Jertih, Besut, Terengganu.

Sarapan Pagi di Warung Ayam Kampung, Gong Duek.

17 Mei 2022 (Selasa) : Seramai 20 orang ahli Group SSN'78 Lelaki bertemu dan bersarapan pagi di Warung Ayam Kampung, Jalan Empangan Jajar, Gong Duek, Jertih, Besut, Terengganu.

Kenduri Kesyukuran Fauzi Salleh

7 Mei 2022 (Sabtu) : Seramai lapan orang ahli group telah menghadiri kenduri kesyukuran Cikgu Fauzi bin Salleh di Kampung Air Terjun, Jertih.

Sambutan Hari Raya Eidil Fitri 1443H/2022M

2 Mei 2022 (Isnin) : Hari Raya Eidil Fitri 1443H disambut pada hari ini.

Majlis Kesyukuran dan Aqiqah Abd Halim Sulaiman

12 Mac 2022, Sabtu : Seramai 13 orang ahli group telah menghadiri majlis ini yang diadakan di kediaman Abd Halim di Kampung Jabi, Jertih.

Jom Melancong Ke Sabah

Seramai 17 orang ahli group dan keluarga menyertai program Jom Melancong ke Sabah. Rombongan memilih package 4D3N yang ditawarkan oleh Al Quds Umrah & Tours Sdn Bhd. Rombongan bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Ismail, Pengkalan Chepa pada hari Sabtu, 12 Februari 2022 terus ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Rombongan bertolak balik pada hari Selasa, 15 Februari 2022.

 HARI PERTAMA

12 FEBRUARI 2022 (SABTU)

1.30 Ptg : Berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa.
2.00 Ptg : Check in.
3.00 Ptg : Masuk ke Balai Berlepas
3.40 Ptg : Berlepas ke Kota Kinabalu menaiki pesawat AirAsia AK 5346
6.10 Ptg : Selamat mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu
6.30 Ptg : Bertolak ke Kundasang
                Makan malam di D'Lengkuas, Kota Kinabalu. Tuan kedai berasal dari Kelantan.
10.00 Mlm : Check in di Homestay.

Taklimat Ahli Rombongan Melancong ke Sabah

10 Februari 2022, Khamis : Satu taklimat kepada ahli rombongan melancong ke Sabah telah diadakan di Redux Kitchen, Taman Koperat Putera, Besut. Taklimat ringkas telah disampaikan oleh ketua rombongan, Cikgu Razak bin Abd Rahman. Rombongan memilih package 4D3N yang ditawarkan oleh Al Quds Umrah & Tours Sdn Bhd. Mereka akan bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Ismail, Pengkalan Chepa pada 12 Februari 2022 terus ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Mereka akan bertolak balik pada 15 Februari 2022.

Ngeteh Bersama Mat Zian

16 januari 2022, Ahad : Malam ini, ahli group ngeteh bersama Mat Zian di Ameer Tomyam, Gong Nering.

Sarapan Pagi Bersama Dato' Seri Idris Jusoh

16 Januari 2022, Ahad : Ahli Group SSN'78 menikmati sarapan pagi, nasi dagang ayam kampung bersama Dato' Seri Idris Jusoh (Ahli Parlimen Besut) di Yah Hj Lie Nasi Dagang, Alor Lintah, Besut. Turut hadir ialah Dato' Mohamad Pehemi bin Yusof, ADUN Jertih.

Kenduri Kesyukuran Cikgu Mat Hatta

15 Januari 2022, Sabtu : Ahli Group SSN'78 berkunjung ke rumah Cikgu Mat Hatta untuk memeriahkan Majlis Kenduri Kesyukuran sempena perkahwinan anak perempuannya.

Kunjungan Prihatin ke Rumah Mamat Salleh

4 Januari 2022, Selasa : Seramai 7 orang ahli group telah membuat kunjungan prihatin ke rumah Mamat Salleh di Kampung Oh, Besut. Kunjungan ini bertujuan untuk melihat keadaan Mamat dan rumahnya. Mamat tinggal di rumah PPRT dan tinggal seorang diri tanpa ditemani oleh isteri dan anak-anaknya. Satu tabung yang dinamakan Tabung Prihatin Mamat Salleh telah diwujudkan untuk mengumpul wang untuk disalurkan kepada Mamat. Hari ini, RM500.00 telah diserahkan kepada Mamat untuk meringankan perbelanjaan hariannya.