25 Mei 2022 (Rabu) : Empat orang ahli group menikmati sarapan pagi di Warung Kak Tie D'Baruh, Kampung Air Terjun, Jertih, Besut, Terengganu. Kami menikmati nasi puteh, gulai kambing, kari kepala ikan merah dan gulai ayam kampung.
Majlis Sambutan Hari Raya Eidil Fitri 1443H/2022M
22 Mei 2022 (Ahad) : Group SSN'78 telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Eidil Fitri 1443H/2022M bermula jam 9 pagi hari ini bertempat di Redux Kithen, Taman Koperat Putra, Besut, Terengganu. Jumlah yang hadir ialah 50 orang. Mereka terdiri daripada ahli dan ahli keluarga masing-masing. Majlis bertambah meriah dan berseri dengan kehadiran guru kami, Cikgu Hussein bin Yaakob, Cikgu Hussin bin Wahad dan Cikgu Siti Eshah binti Awang (isteri kepada Cikgu Hussin bin Wahad). Majlis ini memberi peluang kepada ahli untuk bertemu semula dengan rakan-rakan sekolah setelah lama tidak bersua muka.
Bertemu dan Menikmati Sarapan Pagi
20 Mei 2022 (Jumaat) : Seramai 30 orang ahli Group SSN'78 telah bertemu dan bersama-sama menikmati sarapan pagi di Warung Nasi Kerabu Kambing Bakar, Kg. Gong Nering, Jertih, Besut, Terengganu.
Sarapan Pagi di Warung Ayam Kampung, Gong Duek.
17 Mei 2022 (Selasa) : Seramai 20 orang ahli Group SSN'78 Lelaki bertemu dan bersarapan pagi di Warung Ayam Kampung, Jalan Empangan Jajar, Gong Duek, Jertih, Besut, Terengganu.
Kenduri Kesyukuran Fauzi Salleh
7 Mei 2022 (Sabtu) : Seramai lapan orang ahli group telah menghadiri kenduri kesyukuran Cikgu Fauzi bin Salleh di Kampung Air Terjun, Jertih.
Langgan:
Catatan (Atom)