Mukaddimah

Blog ini dibangunkan untuk mencatatkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pelajar-pelajar yang menduduki Peperiksan PMR (1976) dan SPM (1978) di SMK Seri Nering, Jerteh, Terengganu. Kumpulan pelajar ini telah menubuhkan satu group WhatsApp yang bertajuk SSN Dalam Kenangan. Group ini telah dapat mengumpul semula sebilangan pelajar berkenaan. Mereka telah berkomunikasi secara aktif dalam group tersebut. Mereka sering kali mengadakan aktiviti yang dapat mengeratkan lagi persahabatan yang telah terjalin semenjak tahun 1974 (tingkatan 1). Antaranya ialah majlis perkahwinan, majlis menyambut menantu, kenduri kesyukuran, majlis Maulid, sarapan pagi, ziarah cucu dan lain-lain lagi. Blog ini ditulis oleh Razak bin Abd Rahman. Sebarang berita, maklumat bergambar dan apa-apa sahaja yang hendak dimuatkan dalam blog ini hendaklah diemel ke alamat cjad1161@gmail.com. Sumbangan para sahabat amat bernilai untuk menambah maklumat dalam blog yang boleh dilayari 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan dan 365 hari setahun ini.

Jom Makan TeBu Kali Pertama Tahun 2023

 11 Julai 2023 (Selasa) :

Alhamdulillah. Seramai 15 orang ahli Group SSN 1978 telah hadir untuk menjayakan Program Jom Makan TeBu Kali Pertama Tahun 2023 bertempat di Kedai Nasi Berlauk MokSu Yah, Kampung Tok Saboh, Kuala Besut.

Kunjungan Prihatin SSN'78 Siri ke 14

 8 Julai 2023 (Sabtu) : 10.00 Pagi.

Alhamdulillah. Seramai 14 orang ahli Group SSN 1978 berkunjung ke rumah Rosli bin Abd Rahman di Kampung Nyiur Tujuh, Jertih untuk menjayakan Program Kunjungan Prihatin SSN'78 Siri ke 14. Rosli menghadapi masalah kesihatan sejak dua bulan yang lalu. Rosli tidak dapat bangun. Dia hanya dapat berbaring sahaja.

Sarapan Pagi Bersama

29 Mei 2023 (Isnin) : Alhamdulillah. Menikmati sarapan pagi bersama di Kedai Roti Canai Leh, Kg, raja.

Rokiah Binti Mohd Noor Kembali ke Rahmatullah

9 Mei 2023 (Selasa) : Rokiah binti Mohd Noor kembali ke rahmatullah pada jam 5.42 petang hari ini di Hospital Putrajaya. Rokiah meninggalkan seorang anak perempuan, Fatin yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Putrajaya. Jawatan terakhir beliau ialah Ketua Pembantu Tadbir di SMA Maarif, Besut, Terengganu.

Majlis Sambutan Hari Raya Eidul Fitri 1444H

8 Mei 2023 (17 Syawal 1444H) (Isnin) : Group SSN'78 telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Eidul Fitri 1444H bertempat di Damai Beach Resort, Besut, Terengganu. Majlis kali ini berlangsung dengan penuh meriah dengan kehadiran 45 orang ahli group dan keluarga masing-masing. Berbagai juadah makanan dihidangkan untuk dinikmati bersama. Majlis bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 11.30 pagi.

Nik Zanariah Kembali Ke Rahmatullah

3 Mac 2023 (Jumaat) : Pagi ini, mendapat khabar duka, rakan sekelas, Nik Zanariah binti Nik Mahmood telah kembali ke rahmatullah selepas waktu subuh.

Majlis Sambut Menantu Rawi

3 Februari 2023 (Jumaat)Alhamdulillah. Bersama-sama ahli Group SSN'78 menghadiri majlis perkahwinan anak Rawi A Ghani di Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

Ngeteh di Kedai Roti Canai Pak Leh

27 Oktober 2022, Khamis : Seramai 7 orang ahli Group SSN'78 bertemu dan menikmati sarapan pagi di Kedai Roti Canai Pak Leh, Kampung Raja, Besut, Terengganu. 

Menikmati Sarapan Pagi di Cafe D'Depu.

26 Oktober 2022, Rabu : Pagi ini, 8 orang Ahli Group SSN'78 Lelaki berkumpul dan menikmati sarapan pagi di Cafe D'Depu, Kampung Kubang Depu, Jerteh, Besut, Terengganu. Kami menikmati Nasi Putih + Gulai Kambing + Goreng Ayam Kampung.

KUNJUNGAN PRIHATIN SSN'78 SIRI 7

8 Oktober 2022, Sabtu : Seramai 8 orang ahli Group SSN'78 telah berkunjung ke rumah Fatimah binti mohamad, Kampung Darau, Jerteh, Besut, Terengganu untuk menjayakan Program KUNJUNGAN PRIHATIN SSN'78 SIRI 7. 

KUNJUNGAN PRIHATIN SSN'78 SIRI 6

8 Oktober 2022, Sabtu : Seramai 12 orang ahli Group SSN'78 telah berkunjung ke rumah Zaiton binti Jusoh, Kampung Padang Baloh, Jerteh, Besut, Terengganu untuk menjayakan Program KUNJUNGAN PRIHATIN SSN'78 SIRI 6. Zaiton terjatuh di rumahnya dan mengalami kecederaan pada bahagian kaki. Majlis diserikan lagi dengan sambutan hari lahir Zaiton yang ke-61.

Menikmati Keenakan Roti Canai

4 Oktober 2022, Selasa : Kami menikmati roti canai di Kedai Makan Warisan Pok Leh & Kak Yah, Kampung Raja, Besut.

KUNJUNGAN PRIHATIN SSN'78 SIRI 5

22 September 2022, Rabu : Seramai 8 orang ahli Group SSN'78 telah berkunjung ke rumah Mohd Hamdan bin Abdullah, Jalan Haji Wan Latif, Jerteh, Besut, Terengganu untuk menjayakan Program KUNJUNGAN PRIHATIN SSN'78 SIRI 5. Rumah Mohd Hamdan mengalami sedikit kerosakan akibat ribut yang melanda.

KUNJUNGAN PRIHATIN SSN'78 SIRI 4

21 September 2022, Rabu : Seramai 13 orang ahli Group SSN'78 telah berkunjung ke rumah Haliffah binti Abd Rahman di Kampung Gong Duek, Jerteh, Besut, Terengganu untuk menjayakan Program KUNJUNGAN PRIHATIN SSN'78 SIRI 4. Rumah Haliffah mengalami sedikit kerosakan akibat ribut yang melanda.

Kenduri Kesyukuran Maznah Ghazali

4 September 2022, Ahad : Ahli Group SSN'78 hadir ke rumah Maznah Ghazali di Lorong Seri Nangka 6, Kampung Gong Kepas Dalam, Besut untuk meraikan Majlis Kenduri Kesyukuran Sambut Menantu.

KUNJUNGAN PRIHATIN SSN'78 SIRI 3

25 Ogos 2022 (Khamis) : Seramai 13 orang ahli Group SSN'78 telah berkunjung ke rumah Noraini binti Abdullah di Pasir Tumboh, Kelantan untuk menjayakan Program KUNJUNGAN PRIHATIN SSN'78 SIRI 3.

Membeli Bahan2 Bubur Asyura

23 Ogos 2022 (Selasa) : Membeli bahan-bahan untuk membuat bubur asyura di pasar Jertih.

Menikmati Sarapan Pagi di Cafe D'Depu

16 Ogos 2022, Selasa : Seramai 21 orang ahli Group SSN'78 berkumpul dan menikmati sarapan pagi di Cafe D'Depu, Kampung Kubang Depu, Jertih. Kami menikmati nasi putih bersama gulai kambing, gulai ayam kampung, ayam kampung goreng, ikan talapia goreng dan puyuh goreng. Terima kasih kepada Wan Abd Razak Hassan yang telah sponsor sarapan pagi kami kali ini.

KUNJUNGAN PRIHATIN SSN'78 SIRI 2.

15 Ogos 2022, Isnin : Seramai 21 orang ahli Group SSN'78 berkunjung ke rumah Siti Mariam binti Mokhtar di Cabang Oh, Jabi, Besut untuk menjayakan Program KUNJUNGAN PRIHATIN SSN'78 SIRI 2.