Melawat Mangsa Kebakaran Kali-2

21 November 2015, Sabtu - Lawatan kali ke-2 ke rumah mangsa kebakaran untuk memberi bantuan untuk meringankan beban penderitaan keluarga yang malang ini.

Melawat Mangsa Kebakaran

20 November 2015, Jumaat - Melawat mangsa kebakaran di kampong Kelubi Putih, Jabi. Memberi bantuan dan sumbangan kepada keluarga mangsa. Ahli yang hadir ialah Azizah bt Hasyim, Hamidah bt Musa, Siti Fatimah bt Ismail, Hasnah bt Razak, Hazizah bt Daud, Maznah bt Ghazali dan Wan Aina.

Mohd Hamdan dan Razak

29 Oktober 2015, Khamis - Mohd Hamdan bin Abdullah berkunjung ke SMA Maarif untuk menghadiri Mesyuarat Pengawas Peperiksaan STPM 2015. Beliau sekarang bertugas sebagai guru di SMK Putra, Jerteh, Terengganu.

Jamuan Durian

31 Ogos 2015 - Ahli kumpulan telah menikmati jamuan pulut durian di kebun durian Hamidah Musa. Sungguh menyelerakan apabila makan beramai-ramai di dalam kebun. Suasana kebun yang bersih dan tenang memang memberi ketenangan kepada yang menyertai jamuan ini.

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1436H

25 Julai 2015 - Majlis sambutan Hari Raya Puasa 1436H telah diadakan pada hari ini bertempat di Hotel Lily, Jerteh. 
Sahabat yang hadir ialah Che Siti Che Mat, Maznah Ghazali, Che Azizah Che Hashim, Kutit Kamsiah Abd Ghani, Rakiah Hassan, Wan Roslah Wan Ismail, Wan Zahibah, Zainab Ahmad, Norhayati Mohd, Rosnani Abd Rahman, Normah Ghazali, Che Johan Che Mat, Abd Manas Deraman, Mat Zian, Zahari Mat Rawi, Saufi Abd Rahman, Afandi Mohd, Alias Ramli dan Shamsuddin Sulaiman.