Kunjungan ke rumah cucu Rawi
23 Disember 2015, Rabu - Selepas menghadiri Majlis Maulid di rumah Zaiton Jusoh, beberapa orang sahabat telah berkunjung ke rumah menantu Rawi di Kampong Air Terjun. Tujuan lawatan untuk melihat cucu Rawi yang baru dilahirkan. Antara yang hadir ialah Alias Ramli, Rakiah Hassan, Kutit Kamsiah Abd Ghani dan Wan Aina Wan Muhammad.
Sambutan Maulid Rasul 1437H
23 Disember 2015, Rabu - Satu perjumpaan ahli diadakan pada hari ini bertempat di rumah Zaiton bt Jusoh, Kampong Darau. Ia adalah sempena menyambut hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW yang jatuh pada hari Khamis, 24 Disember 2015.
Jamuan Satay
2 Disember 2015, Rabu - Satu majlis ringkas untuk meraikan kepulangan ASP Zulkifli Hamzah telah diadakan pada jam 5.30 petang hari ini. Majlis yang diadakan di Satay Lanang, Jabi ini telah dihadiri oleh 10 orang ahli kumpulan. Mereka yang hadir ialah Zulkifli, isteri dan anak, Hamidah dan suami, Rosnani Razak, Wan Aina, Azizah Hashim dan anak, Razak, Manas Deraman dan isteri, Mohd Hamdan. Turut hadir ialah Arifin dan isteri (abang Zul)
Langgan:
Catatan (Atom)




