Kenduri Kahwin Anak Kutit Kamsiah

23 Julai 2017, Ahad - Majlis kesyukuran untuk meraikan perkahwinan anak Puan Kutit Kamsiah binti Abd Ghani diadakan pada hari ini di kediamannya di Kuala Lumpur. Beberapa ahli group telah berkunjung ke sana untuk memeriahkan majlis tersebut.

Persiapan REUNION PERDANA EX SSN

12 Mei 2017, Jumaat - Persiapan untuk majlis REUNION PERDANA EX SSN berjalan lancar. Group SSN'78 telah diberi tanggungjawab untuk menyediakan makan dan minum. Che Johan Che Mat mengetuai operasi kumpulan kami. Ramai daripada ahli telah datang memberi sokongan. Tempat operasi kami adalah  di dapur Asrama Putera.

Sarapan Pagi di Kedai Kak Long

15 Januari 2017, Ahad - Beberapa orang ahli Group SSN78 telah bersarapan pagi di Kedai Kak Long di Renek.

Sarapan Pagi di Kedai Kak Long

14 Januari 2017, Sabtu - Beberapa orang ahli Group SSN78 telah bersarapan pagi di Kedai Kak Long di Renek. 

Sarapan Pagi di Kedai Kak Long

7 Januari 2017, Sabtu - Ahli Group SSN78 telah menghadiri Majlis Sarapan Pagi di Kedai Kak Long di Renek.