27 Ogos 2017, Ahad - Nafisah binti Mahmud menjemput semua ahli group untuk memeriahkan majlis perkahwinan anaknya.
ASP ZULKIFLI Kembali ke Rahmatullah
13 Ogos 2017 (Ahad) - Ahli group mendapat satu berita sedih. Rakan baik, ASP Zulkifli bin Hamzah telah kembali ke rahmatullah di Hospital Tunku Fauziah Kangar, Perlis. Kematian Allahyarham disebabkan oleh kegagalan buah pinggang dan paru-paru berair. Jenazah Allahyarham telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Kg. Jenerong Jerteh, Terengganu pada 14.08.2017 selepas solat asar. Ramai ahli group menghadiri majlis tersebut yang turut disertai oleh sanak saudara Allahyarham.
REUNION KEDUA
29 Julai 2017, Sabtu - Pada hari ini telah diadakan Reunion Kali Kedua bertempat di perkarangan rumah Puan Rakiah binti Hassan.
Kenduri Kahwin Anak Kutit Kamsiah
23 Julai 2017, Ahad - Majlis kesyukuran untuk meraikan perkahwinan anak Puan Kutit Kamsiah binti Abd Ghani diadakan pada hari ini di kediamannya di Kuala Lumpur. Beberapa ahli group telah berkunjung ke sana untuk memeriahkan majlis tersebut.
Persiapan REUNION PERDANA EX SSN
12 Mei 2017, Jumaat - Persiapan untuk majlis REUNION PERDANA EX SSN berjalan lancar. Group SSN'78 telah diberi tanggungjawab untuk menyediakan makan dan minum. Che Johan Che Mat mengetuai operasi kumpulan kami. Ramai daripada ahli telah datang memberi sokongan. Tempat operasi kami adalah di dapur Asrama Putera.
Langgan:
Catatan (Atom)



