Majlis Kenduri Kesyukuran dan Maulidur Rasul 1439H
1 Disember 2017 (12 Rabiul Awal 1439H), Jumaat - Che Johan dan keluarga mengadakan majlis di atas bertempat di kediamannya di Kampong Padang Luas Dalam. Tuan rumah telah menjemput semua ahli group untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut. Menu istemewa ialah nasi arab, gulai kambing dan gulai ayam kampong.
Kunjungan Muhibbah Keluarga Cikgu Razak ke rumah Kamilah
20 Oktober 2017, Jumaat - Cikgu Razak bin Abd Rahman dan keluarga telah membuat kunjungan muhibbah ke rumah Kamilah binti Dollah di Taman Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah. Kedatangan Cikgu Razak dan tujuh orang ahli keluarga pada jam 9.30 malam telah disambut dengan penuh mesra oleh Kamilah, suami dan anak-anak.
Mengacau Bubur Asyura di Rumah Che Johan
14 Oktober 2017 (Sabtu) : Ahli-ahli group berkumpul di Rumah Che Johan Che Mat untuk mengacau bubur asyura.
Majlis Kesyukuran Abdul Manas
16 September 2017, Sabtu - Hari ini, rakan-rakan group ini berkunjung ke rumah Abdul Manas bin Deraman untuk meraikan majlis kesyukuran perkahwinan anak lelakinya.
Langgan:
Catatan (Atom)




