Fatimah Muhamad Menunaikan Umrah

9 Disember 2017 - Fatimah Muhamad dan keluarga menunaikan ibadah umrah.

Kenduri Kesyukuran Haji Mohamad Hanapi Mahmud

1 Disember 2017, Jumaat - Haji Mohamad Hanapi bin Mahmud dan Hajjah Marini binti Said telah mengadakan majlis kesyukuran untuk meraikan majlis perkahwinan puteri kesayangan mereka, Amiratul Liyana dan jejaka pilihan hatinya, Ahmad Farid.

Majlis Kenduri Kesyukuran dan Maulidur Rasul 1439H

1 Disember 2017 (12 Rabiul Awal 1439H), Jumaat - Che Johan dan keluarga mengadakan majlis di atas bertempat di kediamannya di Kampong Padang Luas Dalam. Tuan rumah telah menjemput semua ahli group untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut. Menu istemewa ialah nasi arab, gulai kambing dan gulai ayam kampong.

Kunjungan Muhibbah Keluarga Cikgu Razak ke rumah Kamilah

20 Oktober 2017, Jumaat - Cikgu Razak bin Abd Rahman dan keluarga telah membuat kunjungan muhibbah ke rumah Kamilah binti Dollah di Taman Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah. Kedatangan Cikgu Razak dan tujuh orang ahli keluarga pada jam 9.30 malam telah disambut dengan penuh mesra oleh Kamilah, suami dan anak-anak.

Mengacau Bubur Asyura di Rumah Che Johan

14 Oktober 2017 (Sabtu) : Ahli-ahli group berkumpul di Rumah Che Johan Che Mat untuk mengacau bubur asyura.