Bersantai Di Muara Kuala Besut

14 Februari 2020 (Jumaat) : Aktiviti Bersantai Di Muara Kuala Besut telah diadakan pada jam 5.30 petang hari ini bertempat di Warung Ombak Biru, Kampung Nail, Kuala Besut. Aktiviti kali ini cukup meriah dengan dihadiri oleh 27 orang ahli group dan keluarga. Petang ini kami menikmati nasi dagang berlauk udang segar dan pulut gaul nyiur berlauk ikan selayang segar dibakar tawar. Aktiviti telah mengeratkan lagi tali persaudaraan di antara ahli group dan ahli keluarga.

Majlis Kenduri Kesyukuran Rokiah Ismail

7 Februari 2020 (Jumaat) : Rakan-rakan group SSN'78 bertandang ke rumah Rokiah binti Ismail untuk memeriahkan jamuan kesyukurannya.

Menziarahi Mangsa Kebakaran

4 Februari 2020 (Isnin) : Empat orang rakan group SSN'78 telah menziarahi mangsa kebakaran di Kampung Gerong, Apal, Jertih, Besut, Terengganu untuk menyampaikan sedikit sumbangan wang, pingang mangkuk dan pakaian. Wang tunai berjumlah RM240.00 adalah hasil sumbangan rakan-rakan group yang prihatin terhadap mangsa yang tinggal sehelai sepinggang. Mereka yang hadir ialah Razak bin Abd Rahman, Mohd Saufi bin Abd Rahman, Hasnah binti Razak dan Shamsiah binti Mohamad.

Majlis Hi-Tea Bersama Datin Shamsiah Salleh

31 Januari 2020, Jumaat : Datin Shamsiah binti Salleh telah menjemput ahli group untuk menghadiri Majlis Hi-Tea yang diadakan pada jam 5.30 petang bertempat di Isma Cafe, Alor Lintah, Jertih.

Haliffah Bercuti Bersama Keluarga

27 Januari 2020 : Haliffah dan keluarga bercuti bersama.