25 September 2020 (Jumaat) : Razak dan isteri telah berkunjung ke rumah Mohd Sofi di Sungai Petani, Kedah. Setelah berbual tentang pelbagai perkara, mereka telah berkunjung ke kedai nasi kandar untuk menikmati makan malam.
Jom Makan Satay Bersama Pengantin Baharu
31 Ogos 2020 (Isnin) : Pengantin baharu, Baharum Jaafar telah mengadakan kenduri kesyukuran bertempat di Satay Mastura, Jabi, Terengganu. Program yang diadakan pada jam 4.00 - 5.30 petang ini telah dihadiri oleh 34 orang ahli group, isteri dan anak.
Jom Makan Nasi Dagang Bersama Wan Zahibah
22 Ogos 2020 (Sabtu) : Aktiviti Jom Makan Nasi Dagang Bersama Wan Zahibah telah diadakan pada hari ini bermula pada jam 8.00 pagi bertempat di Warung Wan Kamariah, Kampung Cherang Meliling, Jertih, Terengganu. Program ini merupakan salah satu daripada aktiviti ReUnion group ini.
Mengunjungi Mangsa Kebakaran
21 Februari 2020 : Empat orang ahli group mengunjungi mangsa kebakaran, Pok Nor di Kampung Gerong, Apal untuk menghulurkan sedikit sumbangan kewangan. Mereka yang hadir ialah Hasnah Abd Razak, Rosnani Abd Rahman, Rakiah Hassan dan Datin Shamsiah Salleh.
Langgan:
Catatan (Atom)




