16 Januari 2022, Ahad : Ahli Group SSN'78 menikmati sarapan pagi, nasi dagang ayam kampung bersama Dato' Seri Idris Jusoh (Ahli Parlimen Besut) di Yah Hj Lie Nasi Dagang, Alor Lintah, Besut. Turut hadir ialah Dato' Mohamad Pehemi bin Yusof, ADUN Jertih.
Kenduri Kesyukuran Cikgu Mat Hatta
15 Januari 2022, Sabtu : Ahli Group SSN'78 berkunjung ke rumah Cikgu Mat Hatta untuk memeriahkan Majlis Kenduri Kesyukuran sempena perkahwinan anak perempuannya.
Kunjungan Prihatin ke Rumah Mamat Salleh
4 Januari 2022, Selasa : Seramai 7 orang ahli group telah membuat kunjungan prihatin ke rumah Mamat Salleh di Kampung Oh, Besut. Kunjungan ini bertujuan untuk melihat keadaan Mamat dan rumahnya. Mamat tinggal di rumah PPRT dan tinggal seorang diri tanpa ditemani oleh isteri dan anak-anaknya. Satu tabung yang dinamakan Tabung Prihatin Mamat Salleh telah diwujudkan untuk mengumpul wang untuk disalurkan kepada Mamat. Hari ini, RM500.00 telah diserahkan kepada Mamat untuk meringankan perbelanjaan hariannya.
Menikmati Sarapan Pagi
30 November 2021 (Selasa) : Pagi ini, seramai 12 orang ahli group (lelaki) menikmati sarapan pagi di Warung Nasi Dagang Kak Yah, Gong Nering, Jertih.
Majlis Kesyukuran Mat Daud Ab Majid
30 Oktober 2021 (Sabtu) : Sahabat-sahabat SSN'78 telah berkunjung ke rumah Mat Daud Ab Majid di Lot 3017, Jalan Ampangan Jajar, Kampong Gong Duek, 22000 Jertih, Besut, Terengganu untuk meraikan majlis kesyukuran yang diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul, majlis aqiqah cucu dan "naik rumah baharu".
Langgan:
Catatan (Atom)