10 Februari 2022, Khamis : Satu taklimat kepada ahli rombongan melancong ke Sabah telah diadakan di Redux Kitchen, Taman Koperat Putera, Besut. Taklimat ringkas telah disampaikan oleh ketua rombongan, Cikgu Razak bin Abd Rahman. Rombongan memilih package 4D3N yang ditawarkan oleh Al Quds Umrah & Tours Sdn Bhd. Mereka akan bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Ismail, Pengkalan Chepa pada 12 Februari 2022 terus ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Mereka akan bertolak balik pada 15 Februari 2022.
Sarapan Pagi Bersama Dato' Seri Idris Jusoh
16 Januari 2022, Ahad : Ahli Group SSN'78 menikmati sarapan pagi, nasi dagang ayam kampung bersama Dato' Seri Idris Jusoh (Ahli Parlimen Besut) di Yah Hj Lie Nasi Dagang, Alor Lintah, Besut. Turut hadir ialah Dato' Mohamad Pehemi bin Yusof, ADUN Jertih.
Kenduri Kesyukuran Cikgu Mat Hatta
15 Januari 2022, Sabtu : Ahli Group SSN'78 berkunjung ke rumah Cikgu Mat Hatta untuk memeriahkan Majlis Kenduri Kesyukuran sempena perkahwinan anak perempuannya.
Kunjungan Prihatin ke Rumah Mamat Salleh
4 Januari 2022, Selasa : Seramai 7 orang ahli group telah membuat kunjungan prihatin ke rumah Mamat Salleh di Kampung Oh, Besut. Kunjungan ini bertujuan untuk melihat keadaan Mamat dan rumahnya. Mamat tinggal di rumah PPRT dan tinggal seorang diri tanpa ditemani oleh isteri dan anak-anaknya. Satu tabung yang dinamakan Tabung Prihatin Mamat Salleh telah diwujudkan untuk mengumpul wang untuk disalurkan kepada Mamat. Hari ini, RM500.00 telah diserahkan kepada Mamat untuk meringankan perbelanjaan hariannya.
Langgan:
Catatan (Atom)