7 Mei 2022 (Sabtu) : Seramai lapan orang ahli group telah menghadiri kenduri kesyukuran Cikgu Fauzi bin Salleh di Kampung Air Terjun, Jertih.
Majlis Kesyukuran dan Aqiqah Abd Halim Sulaiman
12 Mac 2022, Sabtu : Seramai 13 orang ahli group telah menghadiri majlis ini yang diadakan di kediaman Abd Halim di Kampung Jabi, Jertih.
Jom Melancong Ke Sabah
Seramai 17 orang ahli group dan keluarga menyertai program Jom Melancong ke Sabah. Rombongan memilih package 4D3N yang ditawarkan oleh Al Quds Umrah & Tours Sdn Bhd. Rombongan bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Ismail, Pengkalan Chepa pada hari Sabtu, 12 Februari 2022 terus ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Rombongan bertolak balik pada hari Selasa, 15 Februari 2022.
HARI PERTAMA
12 FEBRUARI 2022 (SABTU)
1.30 Ptg : Berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa.
2.00 Ptg : Check in.
3.00 Ptg : Masuk ke Balai Berlepas
3.40 Ptg : Berlepas ke Kota Kinabalu menaiki pesawat AirAsia AK 5346
6.10 Ptg : Selamat mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu
6.30 Ptg : Bertolak ke Kundasang
Makan malam di D'Lengkuas, Kota Kinabalu. Tuan kedai berasal dari Kelantan.
10.00 Mlm : Check in di Homestay.
Taklimat Ahli Rombongan Melancong ke Sabah
10 Februari 2022, Khamis : Satu taklimat kepada ahli rombongan melancong ke Sabah telah diadakan di Redux Kitchen, Taman Koperat Putera, Besut. Taklimat ringkas telah disampaikan oleh ketua rombongan, Cikgu Razak bin Abd Rahman. Rombongan memilih package 4D3N yang ditawarkan oleh Al Quds Umrah & Tours Sdn Bhd. Mereka akan bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Ismail, Pengkalan Chepa pada 12 Februari 2022 terus ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Mereka akan bertolak balik pada 15 Februari 2022.
Langgan:
Catatan (Atom)

