16 Julai 2022 (Sabtu) : Aku dan ahli group SSN'78 menghadiri Majlis Kesyukuran Perkahwinan Anak Perempuan Adnan Ali di RAKR Nyiur 7, Jertih.
Menikmati Sarapan Pagi di Kedai Makan Gulai Ayam Kampung
Menikmati Sarapan Pagi di Warung Jelira Rasa
3 Jun 2022 (Jumaat) : Seramai 18 orang ahli Group SSN'78 bertemu untuk menikmati sarapan pagi di Warung Jelira Rasa, Guntung Luar, Setiu, Terengganu. Menu istemewa di warung ini ialah ayam kampung goreng dan kerutuk itik. Kami memilih tema warna merah.
Sarapan Pagi di D'Baruh
Majlis Sambutan Hari Raya Eidil Fitri 1443H/2022M
22 Mei 2022 (Ahad) : Group SSN'78 telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Eidil Fitri 1443H/2022M bermula jam 9 pagi hari ini bertempat di Redux Kithen, Taman Koperat Putra, Besut, Terengganu. Jumlah yang hadir ialah 50 orang. Mereka terdiri daripada ahli dan ahli keluarga masing-masing. Majlis bertambah meriah dan berseri dengan kehadiran guru kami, Cikgu Hussein bin Yaakob, Cikgu Hussin bin Wahad dan Cikgu Siti Eshah binti Awang (isteri kepada Cikgu Hussin bin Wahad). Majlis ini memberi peluang kepada ahli untuk bertemu semula dengan rakan-rakan sekolah setelah lama tidak bersua muka.




