Sarapan Pagi Bersama Mohd Sofi

5 Ogos 2022, Jumaat : Seramai 21 orang ahli Group SSN'78 menikmati sarapan pagi bersama Mohd Sofi Mahmud di AMEER TOMYAM, Kampung Gong Nering, Jertih, Besut, Terengganu. Mohd Sofi yang menetap di Sungai Petani, Kedah balik dengan menunggang motosikal semata-mata untuk bertemu, berbual dan bersarapan pagi bersama-sama rakan persekolahan. Hari ini, kami memilih tema merah, ceria dan meriah.

Kunjungan Prihatin SSN'78 Siri 1

 21 Julai 2022 (Khamis) : Aku dan 20 orang ahli Group SSN'78 telah menghadiri Program KUNJUNGAN PRIHATIN SSN'78 di rumah Siti Fatimah binti Ismail di Kampung Bukit Jeruk, Jertih, Besut, Terengganu.

Majlis Kesyukuran Perkahwinan Anak Perempuan Adnan Ali

 16 Julai 2022 (Sabtu) : Aku dan ahli group SSN'78 menghadiri Majlis Kesyukuran Perkahwinan Anak Perempuan Adnan Ali di RAKR Nyiur 7, Jertih.

Menikmati Sarapan Pagi di Kedai Makan Gulai Ayam Kampung

18 Jun 2022 (Sabtu) : Ahli Group SSN'78 Lelaki bertemu mesra dan bersarapan pagi bersama di Kedai Makan Gulai Ayam Kampung, Jalan Empangan Jajar, Kampung Gong Duek, Jertih, Besut. Satu kejutan berlaku apabila Adnan bin Mohamad datang bersama ahli keluarganya untuk menikmati nasi dagang dan gulai ayam kampung di sini. Pertemuan yang tidak dirancang ini menambahkan lagi suasana gembira dan mesra yang diselang seli dengan hilai ketawa. Terima kasih kepada Adnan yang telah membayar semua perbelanjaan pada pagi ini.

Menikmati Sarapan Pagi di Warung Jelira Rasa

3 Jun 2022 (Jumaat) : Seramai 18 orang ahli Group SSN'78 bertemu untuk menikmati sarapan pagi di Warung Jelira Rasa, Guntung Luar, Setiu, Terengganu. Menu istemewa di warung ini ialah ayam kampung goreng dan kerutuk itik. Kami memilih tema warna merah.