Majlis Kenduri Perkahwinan Anak Normah Ghazali

29 Ogos 2017, Selasa - Beberapa orang ahli group telah memeriahkan majlis tersebut.

Kenduri Perkahwinan Anak Nafisah

27 Ogos 2017, Ahad - Nafisah binti Mahmud menjemput semua ahli group untuk memeriahkan majlis perkahwinan anaknya.

ASP ZULKIFLI Kembali ke Rahmatullah

13 Ogos 2017 (Ahad) - Ahli group mendapat satu berita sedih. Rakan baik, ASP Zulkifli bin Hamzah telah kembali ke rahmatullah di Hospital Tunku Fauziah Kangar, Perlis. Kematian Allahyarham disebabkan oleh kegagalan buah pinggang dan paru-paru berair. Jenazah Allahyarham telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Kg. Jenerong Jerteh, Terengganu pada 14.08.2017 selepas solat asar. Ramai ahli group menghadiri majlis tersebut yang turut disertai oleh sanak saudara Allahyarham.

REUNION KEDUA

29 Julai 2017, Sabtu - Pada hari ini telah diadakan Reunion Kali Kedua bertempat di perkarangan rumah Puan Rakiah binti Hassan.

Kenduri Kahwin Anak Kutit Kamsiah

23 Julai 2017, Ahad - Majlis kesyukuran untuk meraikan perkahwinan anak Puan Kutit Kamsiah binti Abd Ghani diadakan pada hari ini di kediamannya di Kuala Lumpur. Beberapa ahli group telah berkunjung ke sana untuk memeriahkan majlis tersebut.