Che Johan Menerima Rawatan di HSNZ

30 Disember 2017 - Che Johan masih dirawat di Wad 8A, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Antara rakan-rakan yang melawatnya hari ini ialah Baharum Jaafar (Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu), Ashek Abd Latif, Cikgu Hamdan Abdullah (SMK Putra, Jerteh) dan Hashim Awang (SMK Guntong, Setiu)

Sarapan Pagi Bersama Mat Daud

13 Disember 2017, Rabu - Satu perjumpaan dan makan pagi diadakan pada hari ini bertempat di warong Hamidah Musa di Kampung Renek. Ia diadakan untuk membolehkan ahli group bertemu dan berbual mesra dengan Mat Daud bin Majid, Pengurus Felda Ulu Tebrau, Johor yang balik bercuti.

Adnan Ali Menunaikan Ibadah Umrah

11 Disember 2017 : Adnan dan keluarga menunaikan ibadah umrah.

Mat Zali Melancong ke Medan, Indonesia

10 Disember 2017 : Mat Zali dan isteri telah mengikuti rombongan melancong ke Medan, Indonesia.

Majlis Kesyukuran Mohamad Saufi

9 Disember 2017, Sabtu - Mohamad Saufi bin Ab Rahman dan isteri telah mengadakan majlis kesyukuran sempena perkahwinan anak perempuan mereka. Ramai ahli group telah hadir untuk memeriahkan majlis penuh warna warni ini. Antara yang hadir ialah Rakiah Hassan, Hamidah Musa, Razak Abd Rahman dan isteri, Jamaraini Hamzah dan suami, Alias Salleh, Hasnah Razak, Normah Ghazali