Majlis Perkahwinan Anak Maimun

22 Februari 2018 (Khamis) - Puan Maimun binti Mohamad telah mengadakan majlis perkahwinan anak perempuannya di kediamannya di Kampong Gong Tengah, Kampong Baharu, 22000 Jerteh, Besut, Terengganu.

Kenduri Perkahwinan Anak Husin Awang Ngah

17 Februari 2018 (Sabtu) - Tuan Haji Husin bin Awang Ngah dan keluarga telah mengadakan kenduri kesyukuran bagi meraikan majlis perkahwinan dua orang anaknya. 

Sarapan Pagi di Rumah Che Johan

26 Januari 2018 (Jumaat) - Che Johan dan keluarga menjemput semua ahli group bersarapan pagi di kediamannya di Kampong Padang Luas Dalam. Antara ahli yang hadir ialah Cikgu Razak dan isteri, Suri Abd Hadi (suami dan anak), Mohd Saufi Abd Rahman, Baharum Jaafar, Rakiah Hassan, Wan Kamariah, Wan Aina Mohamad, Hasnah Razak, Rokiah Ismail, Hazizah Daud (suami dan anak), Che Azizah Hashim (Anak, menantu dan 2 orang cucu). Tetamu yang hadir dihidangkan dengan nasi dagang, nasi minyak, pulut gaul nyiur, laksam, laksa, lompat tikam dan beberapa jenis kueh.

Che Johan Menerima Rawatan di HSNZ

30 Disember 2017 - Che Johan masih dirawat di Wad 8A, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Antara rakan-rakan yang melawatnya hari ini ialah Baharum Jaafar (Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu), Ashek Abd Latif, Cikgu Hamdan Abdullah (SMK Putra, Jerteh) dan Hashim Awang (SMK Guntong, Setiu)

Sarapan Pagi Bersama Mat Daud

13 Disember 2017, Rabu - Satu perjumpaan dan makan pagi diadakan pada hari ini bertempat di warong Hamidah Musa di Kampung Renek. Ia diadakan untuk membolehkan ahli group bertemu dan berbual mesra dengan Mat Daud bin Majid, Pengurus Felda Ulu Tebrau, Johor yang balik bercuti.