29 Mei 2023 (Isnin) : Alhamdulillah. Menikmati sarapan pagi bersama di Kedai Roti Canai Leh, Kg, raja.
Rokiah Binti Mohd Noor Kembali ke Rahmatullah
9 Mei 2023 (Selasa) : Rokiah binti Mohd Noor kembali ke rahmatullah pada jam 5.42 petang hari ini di Hospital Putrajaya. Rokiah meninggalkan seorang anak perempuan, Fatin yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Putrajaya. Jawatan terakhir beliau ialah Ketua Pembantu Tadbir di SMA Maarif, Besut, Terengganu.
Majlis Sambutan Hari Raya Eidul Fitri 1444H
8 Mei 2023 (17 Syawal 1444H) (Isnin) : Group SSN'78 telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Eidul Fitri 1444H bertempat di Damai Beach Resort, Besut, Terengganu. Majlis kali ini berlangsung dengan penuh meriah dengan kehadiran 45 orang ahli group dan keluarga masing-masing. Berbagai juadah makanan dihidangkan untuk dinikmati bersama. Majlis bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 11.30 pagi.
Nik Zanariah Kembali Ke Rahmatullah
3 Mac 2023 (Jumaat) : Pagi ini, mendapat khabar duka, rakan sekelas, Nik Zanariah binti Nik Mahmood telah kembali ke rahmatullah selepas waktu subuh.
Majlis Sambut Menantu Rawi
3 Februari 2023 (Jumaat) : Alhamdulillah. Bersama-sama ahli Group SSN'78 menghadiri majlis perkahwinan anak Rawi A Ghani di Pulau Duyong, Kuala Terengganu.
Langgan:
Catatan (Atom)




