Perkahwinan Anak Rosini

3 Februari 2011, Khamis – Majli Perkahwinan anak Rosini bt Mohd Nor di Kampung Jabi, Jerteh, Terengganu. Atas inisiatifnya, beberapa orang rakan lama telah dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut. Semua rakan yang  hadir merasa sungguh gembira. Sudah berpuluh tahun kami tidak berjumpa. Ada yang sudah tidak mengenali antara satu sama lain. Masing-masing bertanya khabar tentang keluarga, pekerjaan, tempat tinggal dan pelbagai perkara. Suasana cukup mesra. Perbualan diselang seli dengan gelak ketawa. Diakhir pertemuan, kami mengambil kesempatan untuk bergambar kenang-kenangan.