Perkahwinan Anak Rosini

3 Februari 2011, Khamis – Majli Perkahwinan anak Rosini bt Mohd Nor di Kampung Jabi, Jerteh, Terengganu. Atas inisiatifnya, beberapa orang rakan lama telah dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut. Semua rakan yang  hadir merasa sungguh gembira. Sudah berpuluh tahun kami tidak berjumpa. Ada yang sudah tidak mengenali antara satu sama lain. Masing-masing bertanya khabar tentang keluarga, pekerjaan, tempat tinggal dan pelbagai perkara. Suasana cukup mesra. Perbualan diselang seli dengan gelak ketawa. Diakhir pertemuan, kami mengambil kesempatan untuk bergambar kenang-kenangan.
Haji Zahari bin Mohamad, Pengerusi JKKK Kampung Gong Gungcil, Jerteh.
Maznah bt Ghazali, seorang usahawan
Che Johan bin Che Mat, seorang kontraktor
Zulkifli bin Hamzah, ASP, IPK Perlis

Rosini bt Mohd Nor, bekerja sendiri

Abd Halim bin Mat Saman, guru di SMK Renek, Jerteh

Fatimah bt Mohamad, Jururawat di Klinik Kesihatan Pasir Akar, Jerteh