28 Februari 2016 - Sahabat yang hadir ialah Nik Zanariah, Azam Awang, Alias Ramli dan Kutit Kamsiah.
Pertemuan di Rumah Rokiah Ismail
12 Februari 2016, Jumaat - Hari ini, sahabat-sahabat berkunjung ke rumah Rokiah bt Ismail di Kampung Kelubi Putih, Jabi, Terengganu. Majlis bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Sahabat-sahabat dihidangkan dengan laksa, laksam, pulut dan pengat keledek dan tapai beras. Antara sahabat yang hadir ialah Razak Abd Rahman dan isteri, Hazizah Daud, suami dan 2 anak lelaki, Mat Zian Daud, isteri dan anak lelaki, Hamidah Musa dan anak perempuan, Maznah Ghazali, suami dan anak lelaki, Junainah Mohamad, Siti Fatimah Ismail, Che Azizah Hashim, Hasnah Razak, Wan Aina Wan Mohamad
Shamsudin Sulaiman Meninggal Dunia
9 Februari 2016, Selasa - Sahabat kami, Shamsudin bin Sulaiman telah kembali ke rahmatullah pada malam ini. Allahyarham yang tinggal di Kampung Seberang Jerteh telah dikebumikan pada hari Rabu, 10 Februari 2016. Al Fatihah.
Kenduri Kesyukuran Rohana Latif
6 Februari 2016, Sabtu - Pada hari ini, sahabat-sahabat telah berkunjung ke rumah Puan Rohana bt Latif, di Kampung Saujana, Setiu, Terengganu untuk meraikan majlis sambut menantu puan Rohana. Antara sahabat yang hadir ialah Che Johan dan isteri, Rakiah Hasan, Nafisah Mahmud, Che Azizah Hashim, Razak Abd Rahman, Hashim Awang, isteri dan 2 anak perempuan.
Langgan:
Catatan (Atom)