12 Februari 2016, Jumaat - Hari ini, sahabat-sahabat berkunjung ke rumah Rokiah bt Ismail di Kampung Kelubi Putih, Jabi, Terengganu. Majlis bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Sahabat-sahabat dihidangkan dengan laksa, laksam, pulut dan pengat keledek dan tapai beras. Antara sahabat yang hadir ialah Razak Abd Rahman dan isteri, Hazizah Daud, suami dan 2 anak lelaki, Mat Zian Daud, isteri dan anak lelaki, Hamidah Musa dan anak perempuan, Maznah Ghazali, suami dan anak lelaki, Junainah Mohamad, Siti Fatimah Ismail, Che Azizah Hashim, Hasnah Razak, Wan Aina Wan Mohamad