Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1436H

25 Julai 2015 - Majlis sambutan Hari Raya Puasa 1436H telah diadakan pada hari ini bertempat di Hotel Lily, Jerteh. 
Sahabat yang hadir ialah Che Siti Che Mat, Maznah Ghazali, Che Azizah Che Hashim, Kutit Kamsiah Abd Ghani, Rakiah Hassan, Wan Roslah Wan Ismail, Wan Zahibah, Zainab Ahmad, Norhayati Mohd, Rosnani Abd Rahman, Normah Ghazali, Che Johan Che Mat, Abd Manas Deraman, Mat Zian, Zahari Mat Rawi, Saufi Abd Rahman, Afandi Mohd, Alias Ramli dan Shamsuddin Sulaiman.

Perkahwinan Anak Rosini

3 Februari 2011, Khamis – Majli Perkahwinan anak Rosini bt Mohd Nor di Kampung Jabi, Jerteh, Terengganu. Atas inisiatifnya, beberapa orang rakan lama telah dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut. Semua rakan yang  hadir merasa sungguh gembira. Sudah berpuluh tahun kami tidak berjumpa. Ada yang sudah tidak mengenali antara satu sama lain. Masing-masing bertanya khabar tentang keluarga, pekerjaan, tempat tinggal dan pelbagai perkara. Suasana cukup mesra. Perbualan diselang seli dengan gelak ketawa. Diakhir pertemuan, kami mengambil kesempatan untuk bergambar kenang-kenangan.