29 Oktober 2015, Khamis - Mohd Hamdan bin Abdullah berkunjung ke SMA Maarif untuk
menghadiri Mesyuarat Pengawas Peperiksaan STPM 2015. Beliau sekarang bertugas
sebagai guru di SMK Putra, Jerteh, Terengganu.
Jamuan Durian
31 Ogos 2015 - Ahli kumpulan telah menikmati jamuan pulut durian di kebun durian Hamidah Musa. Sungguh menyelerakan apabila makan beramai-ramai di dalam kebun. Suasana kebun yang bersih dan tenang memang memberi ketenangan kepada yang menyertai jamuan ini.
Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1436H
25 Julai 2015 - Majlis sambutan Hari Raya Puasa 1436H telah diadakan pada hari ini bertempat di Hotel Lily, Jerteh.

Perkahwinan Anak Rosini
3 Februari 2011, Khamis – Majli Perkahwinan
anak Rosini bt Mohd Nor di Kampung Jabi, Jerteh, Terengganu. Atas inisiatifnya,
beberapa orang rakan lama telah dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut.
Semua rakan yang hadir merasa sungguh gembira.
Sudah berpuluh tahun kami tidak berjumpa. Ada yang sudah tidak mengenali antara
satu sama lain. Masing-masing bertanya khabar tentang keluarga, pekerjaan,
tempat tinggal dan pelbagai perkara. Suasana cukup mesra. Perbualan diselang
seli dengan gelak ketawa. Diakhir pertemuan, kami mengambil kesempatan untuk
bergambar kenang-kenangan.
Langgan:
Catatan (Atom)

